Aura Montoria | Kota Belud | Sabah

by - March 09, 2019

Aura Montoria terletak di Kampung Sayap, Kota Belud, Sabah. Pengunjung boleh hiking,trekking, camping dan mandi-manda. Tempat ini sangatlah WOW! CANTIK dan UNIK! sukar diterangkan dengan tulisan, kamu boleh layan lah gambar-gambar ni. Lagi best kalau kamu datang tengok sendiri.




Kami memilih Pakej DAY TRIP 7KM

YURAN 
 *RM37/pax ( 7 km )
 *RM35/pax ( 6 km )
  # 1-5pax = 1 Guide
  # 6-10pax = 2 Guide
  # 1 Guide = RM50
Group saya ada 5 orang, so seorang bayar RM37(yuran) + RM10(guide) . Yang bayaran Guide tu RM50/5 orang. So, total bayar RM47 seorang

Bayaran Termasuk : Yuran masuk & Sijil (RM37)
Tidak termasuk :  Makanan, Porter, Insuran


MACAM MANA MAU HIKING DI AURA MONTORIA?
Buat tempahan awal sebelum datang! sebarang pertanyaan anda boleh berhubung dengan:
> Rina - 0128668075
> Sandra - 0128263588
> Mieck - 01125141044
Kamu boleh juga tengok-tengok Facebook diorang Aura Montoria Eko-Edu Tourism Kg Sayap Kota Belud Sabah

APA YANG PERLU DI BAWA?
1) Makanan (Penting!)
2) Minuman
4) Pakaian persalinan
5) Headlamp / torchlight pun boleh (sebab akan melalui jalan gua agak gelap)
Bagi yang muslim/muslimah yang boleh solat tu bawa la alas tempat solat. Saya bawa alas plastik besar & Kain bersih untuk tempat solat, bawa glove & stokin bersih (tutup kaki & tangan) sebab mau kurangkan barang untuk diangkat. Kalau kamu ada telekung pack travel tu boleh la bawa.

Itinerary ? Sana scroll bawah

LOCATION
Lokasi boleh set dalam Google Map/ Waze "Aura Montoria Edu-Tourism Kg Sayap" tapi Map tersebut hanya membawa anda sampai ke Jambatan berdekatan dengan Aura Montoria sahaja. Sampai di Jambatan, kamu kena naik sikit untuk sampai ke Gerbang masuk Aura Montoria.

JALAN MASUK
Jalan batu lebih kurang dalam 10KM untuk sampai ke Aura Montoria, kereta kecil boleh masuk tapi kena slow and steady lah.


Jalan masuk ke Aura Montoria, jalan berbatu lebih kurang dalam 10KM


Terdapat banyak lagi tempat pelancongan sepanjang jalan menuju ke Aura Montoria.
Kalau jumpa signboard ni, teruskan perjalanan


Hari tu Google Map bawa kami sampai di Jambatan ni saja.
Panik! hahaha. Don't worry, teruskan perjalanan, naik sikit Gerbang Masuk Aura Montoria tidak jauh dari Jambatan ni


Ok, sampai di Gerbang Masuk Aura Montoria
Lepas tu, kena jalan lebih kurang 1KM lagi untuk sampai di starting point Aura Montoria
SAMPAI di Starting Point. Kena settle Yuran dan Taklimat sebelum memulakan pengembaraan. Parking Kereta luas~



Itinerary/Aktiviti
7.00am : Taklimat/Warm Up
7.30am : Start Jalan
8.30am : Sampai Ke Aura Montoria
8.35am : Batu Mondou(Gung-Gung Cha)
8.45am : Gua Mulut
8.55am : Waig Minorol
9.05am : Gua Wongking
9.10am : Air Terjun& Liogu Ourod
9.20am : Gua Kelawar
9.30am : Air Terjun dan Ikan Tagal
9.50am : Pegimpaan 1
10.20am : Pegimpaan 2
10.30am : Melihat,Mengenali,Mempelajari Alam Flora
11.10am : Marathon Trail
11.20am : Rock Wall
12.00am : Moris Poris
12.45pm : Ponsinidang Di Todu
12.50pm : Camp Site
01.00pm : Makan tengah hari dan mandi manda
02.00pm : Lubuk Hijau (liogu otomou)
02.20pm : Batu Mondou
03.30pm : selesai



OK mari layan trail Aura Montoria

Tapi sebelum tu, ambil gambar dulu bersama Guide


TRAIL/LALUAN AURA MONTORIA

Memulakan laluan dengan trail yang santai...


Lepas tu turun...


Lepas tu kau jumpa Jambatan gantung


Yang kaki gambar jangan telampau lama kau begambar sini. Hahaha


Lepas Jambatan Gantung tu, laluan agak memenatkan


Kawasan Kebun Getah


Sampai di langkau si Angkol
Boleh rehat-rehat sekejap.
Tapi jangan kau pandai pandai masuk tu Langkau 


Okay naik lagi...


Sampai di "Aura Montoria"
Tempat ni sangat unik, ada Batu dinamakan "Batu Gung-Gung Cha" sebab bentuk dia macam Singa
With the Bothers~


Ok, teruskan perjalanan


Naik sikit


Lepas tu Jumpa POKOK TOMBOILIK
Jalan ni adalah pemisah Start dan End Point,
Maksudnya kamu tidak akan lalu laluan ini time balik nanti
So, kamu ambil la gambar banyak-banyak selepas kawasan ni k..
POKOK TOMBOILIK ni sangat besar boleh tembus lalu di akar dia tu. Pergh!

Jalan terus


Tidak jauh dari Pokok tadi. Jumpa GUA MULUT
Sebab bentuk dia macam Mulut


Teruskan perjalanan selepas snap snap gambar
Turun


Naik...


Lepas tu sampai di WAIG MINOROL


Kamu boleh ambil air disini
Air bersih gaiss, Pihak Kesihatan sudah pernah datang cek air di sini


Air original
Dekat Waig Minorol ni ada Pokok Kapur besar~


Lepas minum & tapau air kami meneruskan lagi pengembaraan~


Sampai di WASAI MINOROL
Mini Waterfall
Teruskan lagi berjalan.
Trail Aura Montoria ni turun naik turun naik and repeat 


Sampai di GUA WONGKING


OK sini kawasan gelap, gua kan...
So, perlu pakai headlamp atau mana mana lampu lah..
Laluan turun agak curam dan sempit


Sesuatu yang luarbiasa menanti diluar


Keluar ja dari kawasan Gua tadi...kamu akan terpesona dengan keindahan Ciptaan Allah ni
Tempat ni kena bagi nama LIOGU OUROD
Sangat Cantik!
Kagum, dari mana punca air terjun tu lalu membentuk sebuah kolam
rasa macam mau mandi ja sini


"A mistake that makes you humble is better than an achievement that makes you arrogant"




Ni port tempat mau ambil gambar kawasan kolam tadi.
Jambatan kecil ja
Tepi kolam tadi kamu kena panjat tangga sikit dan jumpa laluan ni.
laluan agak sempit


Lepas tu jumpa GUA PUNGIT


Masuk di GUA PUNGIT


Keadaan dalam GUA PUNGIT


"You Cannot see the light without the darkness"
Dalam Gua Pungit ni ada air mengalir~
Sangat menakjubkan
Lepas tu kena panjat tangga tu untuk perjalanan seterusnya


Naik lagi tangga~


Lepas Keluar dari Gua Pungit jumpa WASAI ID GUA


Saya pun tidak tau macam mana mau explain
tempat ni memang cantik lah!
Ada mini Waterfall gaiss
Entah dari mana la tu punca air...



Waterfall tadi membentuk Kolam yang sangat jernih!
Boleh nampak ikan berenang renang
Air dia pun segar dan sejuk!




Gambar Group di WASAI ID GUA


My Fav Picture with The Brothers~
Ok next lalu tangga ni menuju Puncak


Hi gaisss~naik terus


Sampai di PONGIMPAAN KO_ISO (1)


Kawasan Pongimpaan 1


Naik lagi...


Lalu Kawasan macam Gua ni



Ni la Puncak Aura Montoria
PONGIMPAAN KO-DUO (2)


Welcome to Marathon Trail


TANAK NABALU
Ada batu bentuk dia macam Gunung Kinabalu
Kamu kena datang sendiri kalau mau tengok. haha
Kawasan agak sempit jadi susah sy mau ambik gambar batu tu..


Jalan terus

Sampai di WATU POINGOLIG


di sini ada batu macam bentuk tengkorak yang sedang buka mulut
Meneruskan lagi pengembaraan


WASAI KIMASO
Ada mini waterfall


turunn


WASAI MORIS-PORIS
Ada air jatuh ke bumi









Boleh naik ambik gambar sini
Turun lagi


Jumpa lagi Pokok Unik ni
laluan masuk dia macam tu lelangit (mulut)


Laluan ni agak mencabar~


Kena lalu batu batuan
So, hati hati~




Sampai di Camp Site
Tempat Makan, Mandi, rehat dan Solat.
Ada Tandas disediakan
Masa kami ke sini, belum ada lagi tempat khas untuk Solat
So, saya solat dekat kawasan ada khemah tu, rata dan tersembunyi sikit
Di Camp site ni ada disediakan dapur dan peralatan memasak

Suasana di Camp Site


Suasana di Camp Site
Air dia sangat jernih gaiss!
Banyak ikan


Suasana di Camp Site
macam di luar negara~


Suasana di Camp Site


Suasana di Camp Site
Selepas Mandi Manda kami meneruskan perjalanan, kami tidak salin pakaian disini sebab ada lagi tempat mandi yang boleh terjun.


laluan Gua



Kena hati hati laluan ni..




Ha..ni la tempat mandi yang ke-2
Tapi sy tidak mandi sini, dalam beiii


Kawan-kawan saya terjun menjunam ke bawah gaiss
Seram sis~
Jadi tukang rakam video ja


Kawasan Mandi Ke 2 ni sangat cantik!


tengok tu kaler air dia~ boleh nampak ikan berenang renang~
Disini tidak ada tmpat persalinan, so jalan ja la dengan pakaian basah tu
Sampai di Starting Point nanti baru tukar baju


OK balik...
Selepas laluan Gung Gung Cha, kamu akan lalu laluan yang sama time naik mula mula tadi
 Sampai saja terus mandi & tukar pakaian di Tandas yang disediakan di kawasan Parking Kereta


Lepas siap, ambil sijil dan bergambar~

You May Also Like

0 comments