Hiking di Bukit Tmn Putera Jaya | Telipok | Sabah
Assalamualikum , Hi Semua
Entry kali ini saya mau kongsi gambar laluan, view dan pengalaman semasa 'panjat' Bukit Tmn Putera Jaya. Sebenarnya, tidak tahu apa nama bukit ni jadi, kasi nama 'Bukit Tmn Putera Jaya' saja sebab bukit tersebut terletak di dalam kawasan Taman Putera Jaya, Telipok. Bagi mereka yang tidak tahu di mana Tmn Putera Jaya, boleh saja cari Google Map "Taman Putera Jaya".
Jarak Bukit (dari starting point ke puncak) tidak jauh cuma dalam 100m (anggaran sahaja). Tetapi... agak curam dan struktur bukit adalah batu. Macam rock climbing pun ada sebab ada beberapa part laluan kena buat gaya macam spiderman (merangkak) . haha . Walaupun jarak tidak jauh, bikin keluar peluh juga lah. Boleh sampai puncak dalam masa 3 hingga 15 minit .
Bagi mereka yang tinggal di Taman Putera Jaya dan tidak tahu di mana trail mari saya tunjukkan tempatnya. (Rujuk Gambar di Bawah)
Kalau masuk Taman Putera Jaya, ikut bulatan tu jalan lurus saja. |
Ok, sini start point laluan ke puncak, dekat pokok |
Awal-awal sudah merangkak tu bodyguard cilik kami.haha |
Rock Climbing? |
View (belum sampai lagi di Puncak) |
Kemoonn !! member ku! |
Kemon Kak! still tough walaupun sudah dewasa anak-anaknya |
Hora Horey! Sampaii!! Asal sampai puncak mesti tidak normal sudah tu otak. haha |
VIEW DARI PUCAK
View tidak berapa banyak sebab belakang kami tu semak samun, boleh nampak Perumahan di Tmn Putera Jaya.View dari puncak Bukit Tmn Putera Jaya, Telipok |
View dari puncak Bukit Tmn Putera Jaya, Telipok |
Wefie |
Periuk Kera comel antara Tumbuhan unik boleh dijumpai di Bukit ini |
Siurang mengambar Periuk Kera itooo~~ |
THE END
Segala risiko tanggungjawab sendiri
Semoga berjumpa di entry yang lain.
Kbai
2 comments