Cara Design Banner/Bunting/Backdrop (Setup Saiz,Resolution & Color Mode) - PHOTOSHOP

by - January 19, 2017


Ingin design Banner/Bunting/backdrop tetapi tidak tahu cara setup saiz?
Ikuti tutorial ini untuk sesiapa yang guna PHOTOSHOP. Harap dapat membantu


Apa itu Bunting? Apa itu Banner ?
Bunting (Menegak). Banner (Melintang)


 


Cara Setup Saiz untuk Design Bunting/Banner

Untuk design, anda perlu ubah bahagian
1) Saiz (Width,Height dan Unit ukuran) 
2) Resolution
3) Color Mode

Sila baca nota dibawah untuk keterangan lebih lanjut


1)  SAIZ
Selalunya kita akan sebut saiz bunting/banner dalam unit kaki (feet). Tetapi dalam Photoshop, tidak ada unit feet. Jadi bagaimana untuk design? Senang saja! Photoshop ada pilihan unit Inches (inci). Tukar saja unit kaki kepada inci :

1 kaki (ft) bersamaan 12 Inci (Inches)

Contohnya,anda ingin design bunting bersaiz 2 kaki(ft) X 5 kaki(ft)
Width = 2 ft, Height= 5 ft

Tukar kepada inci :
Width : 2 x 12 = 24 Inches
Height : 5 x 12 = 60 Inches

2) RESOLUTION
Tetapkan Resolution menjadi 72
Anda tidak digalakkan untuk menggunakan resolution melebihi 72 kerana ia akan menyebabkan komputer anda menjadi ‘hang’ semasa melakukan kerja-kerja design. Kenapa? Sebab saiznya terlalu besar.

Sekiranya anda ingin design poster/sticker boleh lah guna resolution melebihi 72 . Selalunya guna resolution 300 untuk hasil yang baik.


3) COLOR MODE
Tetapkan Color Mode menjadi CMYK



Sudah selesai ubah Perkara 1,2 dan 3 . Klik butang “OK” dan mulakan kerja design anda.


You May Also Like

0 comments