Bukit Donguan | Apin-Apin | Keningau
Donguan Hill / Bukit Donguan terletak di Apin-Apin, Keningau Sabah dan jalanya sehala dengan Bukit Trig dan Bukit Matanoi. Bukit Donguan terletak dipertengahan dua bukit ini. Bagi mereka yang kaki bukit/sukakan cabaran atau yang sedang mencari tempat untuk training mau naik Gunung ini sesuai untuk anda. Jarak titik permulaan hingga akhir adalah 3.4km dan dianggarkan masa yang diambil adalah 1 jam 30minit untuk habiskan 7 puncak bukit.
Sedikit fakta menarik tentang Bukit ini...Kenapa dinamakan DONGUAN? ia merupakan nama nenek moyang pemilik kepada Bukit ini.
Bukit ini mempunyai 7 puncak dimana setiap huruf depan nama puncaknya diambil daripada pekataan DONGUAN:
1) D - Dirikohon (Tempat santai)
2) O - Okito (Boleh nampak...)
3) N - Neretuan (Terjatuh - semasa proses pembukaan bukit ini barang-barang seperti parang,tuala dan kaca mata salah seorang ahli keluarga pemilik bukit ini telah terjatuh di puncak ini)
4) G - Gaman (Panggilan utk lelaki/ Pak cik)
5) U - Ugou (Panggilan utk perempuan/ kawasan ini milik anak perempuan pemilik bukit ini)
6) A - Anak-Anak
7) N - Neilaan
Selepas Puncak Neilaan anda perlu melalui lebih kurang 1KM untuk sampai ke titik akhir Bukit Donguan ini.
YURAN : RM3 (Malaysian - per person)
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk FB https://www.facebook.com/DonguanHill
Mau tau pasal Bukit ni lebih lanjut?? Bah mari layan gambar dibawah
Tarikh Hiking : 19/08/2018
Kaunter Pendaftaran Bukit Donguan di tepi jalan selepas Bukit Trig , Sebelum Bukit Matanoi |
Kaunter Pendaftaran. Sila bayar yuran sebelum mendaki. Minuman dan makanan juga ada dijual di sini |
Laluan ke titik permulaan pendakian Bukit Donguan. Lebih kurang 150meter untuk sampai ke titik permulaan Bukit Donguan dari Kaunter Pendaftaran |
Bagi yang pertam kali sampai ke sini, jangan risau.. anda akan jumpa beberapa sign laluan . so,insyallah tidak sesat... |
Jalan terus.... |
OK..ni Starting Point Bukit Donguan. Selamat Mendaki ~ |
Anda disambut dengan laluan bertangga yang diperbuat daripada bambu ~ nice. |
feeling "Lost in the Amazon" . hahaha. Menarik ~ |
"Life is a tunnel, not a cave . Keep walking and you will find again the light you left behind" - Atticus |
Terus melangkah ~ |
Makhluk hutan ~ |
Jumpa laluan tangga sebelum sampai ke Puncak Pertama Bukit Donguan |
Puncak 1- D - Dirikohon |
Masih steady bosku ~ |
Selepas Puncak Dirikohon, laluan adalah kawasan tumbuh-tumbuhan jenis Paku |
Menarik tangga dia. Kalau ada model ni cantik kalau ambik gambar di sini. Sayangnya, masa ni saya hiking secara solo |
Keep climbing |
Laluan tangga yang agak curam but Don't worry, ada tali ~ |
Terpesona aku akan keindahan alam dan cahaya itu ~ Indah sungguh aturan Tuhan |
" In Life, what you really want will never come easy" |
The light of Sabah Tanah Airku |
View ke bawah ~ nampak kaunter pendaftaran & kolam Bukit Donguan |
Orang sibuk bekerja, Menikmati tugas menggesa, Sedang kita menikmati sepinya alam~ |
Laluan berdebu (ketika kering/panas) dan agak licin (ketika musim hujan). Bagi yang ada elergi debu tu sila bawa mask/penutup hidung |
Debu ~ aku tak peduli,aku harus bernafas lagi ~ |
Hampir sampai ke Puncak 2 |
Hampir ~ |
Melukis sementara meredahkan lelah, menenagkan fikiran |
Siap lukisan ~ |
"Be alone. Take time to understand and love who you are" |
Kemudahan Tandas di Puncak Okito |
Teruskan perjalanan ke Puncak ke 3 |
Panas~~ |
Puncak ke 3 tidak jauh dari Puncak Okito |
Sampai di Puncak ke 3 : N - Neretuan |
View laluan ke Puncak 4 |
" I am far from perfection, but you accepted everything " |
Puncak Neretuan, View yang indah dari Puncak ke 4 "Lalu kan ku kenang betapa indahnya sempat mengagumimu dari dekat. Terima kasih atas hangatnya diammu~" |
Sampai di Puncak ke 4 : G - Gaman |
Macam mau pengsan ~ sebab xsarapan sebelum hiking. Saya ingatkan ni Bukit satu ja puncak dia.... |
Teruskan perjalanan ke Puncak 5. Panas~ Siapa mau hiking sini pastikan bawa topi/ apa-apa yang boleh tutup kepala. Boleh tebakar kepala bosku~ |
Sampai Puncak ke 5 : U -Ugou . Syukur masih hidup |
Laluan ke Puncak ke 6 |
Sampai Puncak ke 6 : A - Anak-Anak . Nampak tu muka? sikit lagi macam mau kasi guling saja badan turun tu bukit |
Laluan ke Puncak 7 (terakhir) : N - Neilaan |
Puncak 7 (terakhir) : N - Neilaan TAHNIAH kepada diri sendiri! berjaya menawan 7 Puncak Bukit Donguan! |
LALUAN TURUN/EXIT BUKIT DONGUAN
Adoiiiii Gaman~ Adoiii Ugou~~ sia penattt. siaa laparr View turun Bukit |
Laluan Exit dari Bukit Donguan ada beberapa signboard, so jangan risau kalau pertama kali hiking di sini |
"O Allah, Change me until I am Someone You are pleased with" |
"Kejar apapun yang kau inginkan, tak usah pedulikan. Ikuti saja ambisi dikenal dari segala sisi" |
Oh yeah! Berjaya! Anda akan keluar dikawasan sama dengan Titik permulaan pendakian tadi. |
RANDOM SNAP (BEBERAPA PROPS MENARIK DI BUKIT DONGUAN)
Yang tidak pernah jumpa bunga matahari boleh datang di Bukit Donguan |
Let it go~ haha |
Let it be ~ |
Hello polis....props di Bukit Donguan ni cantik tolong tangkap. ahahaha |
Mana kau mau cari motor begini? Hanya di Bukit Donguan |
My Hiking 'Kit' ~ |
Sekian Perkongsian untuk kali ini. Semoga dapat membantu korang~
" In Life, what you really want will never come easy"
Kbaiii ~~
Boleh check Gambar-gambar Gunung/Bukit lain pula (klik nama Gunung/Bukit dalam list dibawah ini):
➤ Lombong Mamut, Ranau
➤ Maliau Basin,Sabah
➤ Mara Kara Hill, Tamparuli
➤ Gunung Wakid, Tambunan
➤ Bukit Tuah, Kota Kinabalu
➤ Bukit Balibata, Beaufort
➤ Monggiland Waterfall, Tamparuli
➤ Aura Montoria, Kota Belud
➤ Mount Trus Madi - Via Sinua
➤ Mount/Gunung Kinabalu
➤ Maragang Hill, Kundasang
➤ Bukit Selomitha, Keningau
➤ Bukit Bongol, Kota Belud
➤ Nulu Kebayau, Telipok, Kota Kinabalu
➤ Bukit Donguan, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Matanoi, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Sosodikon, Kundasang, Sabah
➤ Bukit Boya @ Outward Bound Sabah (OBS)
➤ Bukit Botak @Gundul , Sepanggar
➤ Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan, Telipok
➤ Bukit Trig, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
➤ Bukit Padang, Kota Kinabalu
➤ Bukit Kopungit, Kepayan
➤ Bukit Merah, Karambunai
0 comments