Bukit Trig Apin-Apin | Keningau | Sabah

by - February 28, 2017


Assalamualikum / Hi,

Bukit Trig terletak di Apin-Apin, Keningau, Sabah. Simpang masuk ke Bukit Trig dekat Pusat Internet Dewan Apin-Apin, berdepan dengan Tapak Tamu Apin-Apin, boleh search Google Map "Tamu Apin-Apin". Selepas masuk simpang tu jalan sedikit, starting point berada di sebelah kiri anda. Jalan ke Bukit Trig ini sehala dengan jalan meneuju ke Bukit Donguan dan Bukit Matanoi. Anda akan menjumpai Starting Point Bukit Trig dahulu sebelum Bukit Donguan dan Bukit Matanoi,




YURAN : RM3
Facebook rasmi : https://www.facebook.com/bukittrigkeningausabahmalaysia/

Anda mungkin nampak bukit,tapi saya nampak keindahan ciptaan Allah yang sangat luar biasa susah diungkapkan dengan kata-kata.

Laluan sepanjang 1.57KM & Ketinggian 574 dari paras laut. Anggaran pendakian (Turun & Naik) 1-2 jam (ikut stamina anda), mungkin ada yang boleh complete dalam 40 minit.

Mari layan gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang hiking di Bukit Trig ini untuk panduan dan bikin cuci-cuci mata.

Gambar ini diambil pada tarikh yang berlainan mengikut perkembangan props Bukit : 23/2/2017  ||  27/03/2018 dan Paling Last 30/12/2018 . Gambar tiada tag tu diambil pada 2017. So, mungkin props Bukit Trig tidak sama sekiranya anda mendaki di Bukit Trig ini selepas tarikh saya nyatakan tadi.

Kaunter Pendaftaran dan starting point terkini berbeza daripada pertama kali (23/2/2017) saya hiking di Bukit ini....So, ada beberapa gambar saya remove sebab laluan tersebut tidak digunakan lagi

Jalan masuk ke Apin-Apin (Arah dari Pekan Keningau)

Simpang Masuk ke Bukit Trig,Bukit Matanoi & Bukit Donguan, di antara Kedai Runcit dan Dewan/Pusat Internet Apin-Apin. Anda akan lalu Balai Polis dan Sekolah .

Starting point terkini. Tepi Jalan Raya sahaja, sebelum sampai ke Bukit Donguan & Bukit Matanoi. Bayar Yuran di Kaunter Pendaftaran . Ada Tandas & Jual minuman & makanan ringan.
Parking di seberang jalan.(2018)


Starting trail ni bersebelahan dengan kawasan rumah

Lepas tu trail agak curam, bertangga dan ada tali juga


Laluan santai, kawasan pokok getah


"We will never be ready until we start ~" (2018)






Lepas tangga tu ikut kiri.


Jalan lagi?


Ada laluan tangga lagi.

Ok. sampai! tapi ni baru sampai checkpoint 1 !



Jalan depan sikit dari Checkpoint 1 jumpa Taman Ayunan

Ha..ni Taman Ayunan dia~




"Nobody can make you happy until you're happy with yourself first" (2018)


Jalan lagi. cantik jalan dia. boleh buat photoshoot :p

Ok. ini last kawasan ada pokok. so lepas tu berpanas lah ya...


View selepas kawasan pokok. itu bukan puncak sebenar k... saya pun tertipu ingatkan sudah mau sampai.. haha






Sampai Check Point 2




. Checkpoint 2 .Segala risiko adalah tanggungjawab anda sendiri (Gambar 2017)

View dari Checkpoint 2 (Gambar 2017)

2018




View dari Checkpoint 2


New Props 2018

View dari Checkpoint 2




Rock n Roll. Selfie seja. Teda kawan tulung gambar. haha (Gambar 2017)


Maka bermulalah peak yang curam-curam . Jalan sempit. Saya sangat kagum dengan ciptaan Allah ini



Curam dan sempit. Awas ada gaung tu..

Sempat snap view


Subahanallah! Cantik!


Menghampiri Checkpoint 3

Nice props ~
"WE LOVE HIKING"

View dari CP 3.Ada beberapa peak lagi mau sampai Checkpoint 6 (paling last) - Gambar 2017


Gambar 2017




Jalan lagi. belum sampai-sampai. haha
Sampai CP 4

Ciptaan yang indah. bukit paling cantik saya daki setaka ini. Lepas ni kena turun sikit, kawasan paling curam. 

Anda dinasihatkan untuk tidak berlari atau kelam kabut turun bukit ni, sebab kawan saya bilang pernah ada member yang pernah jatuh, luka lutut sebab terjatuh. Walaupun kamu mungkin sudah pro jangan tunjuk tambirang k... haha

View Puncak dari CP 4

Hati-hati sis. curam tuhhhh~~~ (Gambar 2017)


Laluan ni agak bahaya... kena pegang tali tu tau!


Selfie jap bruhh!!. Biar panas . haha


Sikit lagi sampai. nampak sudah tu flag
Props "SAYA HEBAT" di CP 5
CP 5 dekat sahaja dengan CP6

Duduk dulu lah sekejap - Gambar 2017

Almost there.

Ok. ni kawasan curam mau naik peak paling last (Checkpoint 6) . Curam ni....

TAHNIAH! CP6

Alhamdulillah ! Sampai! TAHNIAH diabilang

Panas tuh~~ Gambar 2017


View dari Puncak (Checkpoint 6)

Terasa Macam baru lepas berjaya naik Gunung Kinabalu. Macam. Terima Kasih sis yang tolong snap gambar saya nih. Saya tolong group diorg snap gambar, diorg tolong saya balik. hehe - Gambar Kenangan 1st time hiking di Bukit Trig. Xmau delete. haha

"When you feel like giving up, look back at how far you've come. Be strong. Stay on your path. Never stop going."


TURUN BUKIT

OK. Jom turun

View dari puncak


Gayat? Kawan bilang bikin sejuk kaki..bikin gayat


Ini lah laluan turun (ke arah puncak) yang paling curam tadi






OK. sebelum balik gambar dulu sini. - Gambar 2017 (Starting Point lama )




THE END...

Semoga berjumpa di episod akan datang . Insyallah


Boleh check Gambar-gambar Gunung/Bukit lain pula (klik nama Gunung/Bukit dalam list dibawah ini):
 Lombong Mamut, Ranau
➤ Maliau Basin,Sabah
 Mara Kara Hill, Tamparuli
 Gunung Wakid, Tambunan
➤ Bukit Tuah, Kota Kinabalu
➤ Bukit Balibata, Beaufort
➤ Monggiland Waterfall, Tamparuli
 Aura Montoria, Kota Belud
➤ Mount Trus Madi - Via Sinua
➤ Mount/Gunung Kinabalu
➤ Maragang Hill, Kundasang
➤ Bukit Selomitha, Keningau
➤ Bukit Bongol, Kota Belud
➤ Nulu Kebayau, Telipok, Kota Kinabalu
➤ Bukit Donguan, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Matanoi, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Sosodikon, Kundasang, Sabah
➤ Bukit Boya @ Outward Bound Sabah (OBS)
➤ Bukit Botak @Gundul , Sepanggar
➤ Bukit Nuluh Lapai, Kg Lapasan, Telipok
➤ Bukit Trig, Apin-Apin, Keningau
➤ Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon, Tuaran
➤ Bukit Padang, Kota Kinabalu
➤ Bukit Kopungit, Kepayan
➤ Bukit Merah, Karambunai



You May Also Like

3 comments