Bukit Kapur Kg.Rongolis Topokon Tuaran Sabah

by - January 08, 2017




Mendaki Bukit Kapur | Kg.Rongolis | Topokon | Tuaran | Sabah
Tarikh Mendaki : 8 JANUARI 2017 (AHAD) | 7.40AM -8.20AM 

Pengalaman Pertama Hiking saya bersama dua orang sahabat (Tasa & Pai) dari Kota Kinabalu
Sedikit Pengenalan : Bukit Kapur terletak di Kg.Rongolis Topokon di Daerah Tuaran,Sabah. Dibawah kaki Bukit Kapur terdapat sebuah Gereja (Gereja Yesus Benar) . Untuk memudahkan anda mencari tempat ini boleh cari melalui google map/waze “True Jesus Church Rongolis”. Simpang masuk dari jalan utama Kg.Rongolis ada signboard kecil “GEREJA YESUS BENAR”.  Sepanjang perjalanan ke Bukit Kapur ini, kami melalui beberapa kampung dan Sekolah (SK.Topokon). Jalan ke Bukit kapur dari Kota Kinabalu OK, ikut kereta Viva . Kalau sudah masuk kampung tu kelajuan kena slow sikit untuk ketenteraman awam dan keselamatan haiwan yang mungkin melepak di tengah jalan. Kalau takut tersesat, jangan malu bertanya dengan komuniti yang anda jumpa di sepanjang jalan.

Anggaran Masa : 30 minit - 2jam (bergantun stamina)

KHIDMAT GUIDE : TIDAK DIPERLUKAN (Hike at Your Own Risk)

SIMPANG MASUK BUKIT KAPUR DARI JALAN UTAMA KG.RONGOLIS

Ini Simpang Masuk Ke Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon Tuaran. Ada Signboard kecil 
“GEREJA YESUS BENAR”.  


KAKI BUKIT, BUKIT KAPUR

Sedikit pengenalan Kaki Bukit, Bukit Kapur. Cantikkan view Kampung ni?

Kami parking di kawasan lapang sebelah Gereja tersebut sebab parking depan jalan starting point tu sudah full parking masa kami sampai. Untuk menyedapkan hati kami...sebelum parking, kami minta kebenaran dulu dengan komuniti yang kebetulan ada dikawasan berhampiran. Tempat orang kena jaga adab . Sambil sambil tu kawan saya tanya tanya juga macam mana jalan ke Bukit Kapur tu.


Ini Starting Point untuk mendaki Bukit Kapur, Kg.Rongolis Topokon

Laluan mendaki ke Bukit Kapur berdepan dengan Gereja, jalan tu boleh bawa masuk kereta tetapi tidak digalakkan untuk kereta-kereta kecil.

LALUAN MENDAKI BUKIT KAPUR, TOPOKON
LALUAN PERMULAAN mendaki adalah jalan kereta yang dikeliling oleh kebun getah, mungkin laluan kereta tersebut digunakan untuk kegiatan pertanian getah dikawasan ini. [AGAK CURAM SEDIKIT] Laluan ni paling panjang berbanding laluan pertengahan dan laluan hampir ke puncak. Nasihat, jangan kau pigi kacau itu Pokok Getah orang!


Kawasan Pokok Getah macam ada 'pembahagi jalan' ni menandakan penghujung puncak kebun getah. Tempat ni cantik kalau posing ambik gambar


PERTENGAHAN LALUAN adalah kawasan semak dipenuhi tumbuhan macam paku pakis yang tinggi daripada saya =p . Kawasan ni [KURANG CURAM] 


Selfie kejap, masa ni saya masih bertenaga siap boleh lari lari lagi



Duduk menunggu Tasa & Pai sambil snap moment diorg mendaki

Almost there bebeh. Kena kentalkan semangat, sikit lagi mau sampai sudah tu di puncak

LALUAN PUNCAK Bukit Kapur adalah paling mencabar sekali, 3 kali saya berhenti sekejap untuk tarik nafas panjang. Sakit dibahagian peha. Huh! Sangat penat! Sikit lagi mau give up, tapi bila nampak bendera di puncak berkibar kira kira dalam 20 langkah lagi, saya gagahkan diri.  [SANGAT CURAM]

Kawasan paling curam selepas lalu kawasan bamboo. Ada anak tangga sikit. Paling penat di sini

Kawasan Paling curam ni tidak panjang, sikit lagi sampai puncak. So, don’t give up ya… teruskan pendakian… kalau penat, berhenti sekejap.

Alhamdulillah! Berjaya mendaki Bukit Kapur,Topokon! Kelihatan beberapa pendaki lain yang sampai terlebih dahulu. Tasa & Pai belum sampai.


Bila BERJAYA sampai puncak tu saya tersenyum lebar dengan pemandangan dari puncak Bukit Kapur. Subahanallah! Indahnya ciptaan Allah. Boleh tengo Gunung Kinabalu dan lautan ! Pendakian yang sangat berbaloi!

OK, saya belanja view dari puncak dan beberapa view & moment menarik sepanjang pendakian ke Bukit Kapur ini.

Sampai Puncak. Masa kami ke sini kebetulan ada juga pendaki lain.

View paling ‘Mahal’ Gunung Kinabalu

“Dan telah kami jadikan gunung-gunung di bumi supaya bumi itu tidak goncang bersama kamu, (dan Dia menciptakan) sungai-sungai dan jalan-jalan agar kamu mendapat petunjuk” [Surah An-Nahl: 15]


“Dan engkau akan melihat gunung-gunung, yang engkau kira tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti awan berjalan. Itulah ciptaan Allah yang mencipta dengan sempurna segala sesuatu. Sesungguhnya Dia Maha Teliti apa yang kamu kerjakan” [ Surah An-Naml : Ayat 88 ]


Boleh Nampak laut, dari jauh macam tasik. Sunggah indah ciptaan Allah



View laluan turun bukit, macam ladang teh


Fall in love with View of Gunung Kinabalu. Gambar ehsan dari Pai

Kami bertiga. Minta tolong pendaki lain untuk tangkap moment ni. Gambar ehsan dari Tasa

Kalau mau turun tu ikut laluan yang sama masa mendaki.

OK, Paling last. Pemandangan kampung yang sangat cantik. Terima Kasih Tasa & Pai membawa saya ke sini dan memperkenalkan saya dengan hobi baru ini =) Boleh hilang stress kerja yang berkilo kilo



Semoga coretan ini bermanfaat terutamanya untuk mereka yang belum pernah ke Bukit Kapur, Topokon. Komuniti di Kampung ni sangat baik, siap tunjuk arah lagi. Terima Kasih

You May Also Like

8 comments